Sabda Rasulullah SAW:
"Wahai orang-orang muda,
sesiapa yang mempunyai
kemampuan di kalangan kamu,
hendaklah mereka berkahwin
sesungguhnya ia lebih menjaga pandangan..
Barangsiapa yang tidak mampu
hendaklah mereka berpuasa,
sesungguhnya ia adalah perisai.."
(H.R. al-Bukhari)
"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara"
(al-Hujurat:10)
"Tidak beriman seseorang muslim itu sehinnga dia mencintai saudaranya
sepertimana dia mencintai dirinya"
(H.R. Bukhari)
Bagi mereka yang mempelajari kedua-dua hadis dan ayat di atas, apa yang difahami ialah mukmin itu bersaudara dan setiap muslim bertanggungjawab terhadap saudaranya yang lain. Selain daripada nas-nas di atas, berdozen lagi dalil2 yang menunjukkan kewajipan seseorang muslim mencintai, mengambil berat, membantu, mengambil sikap peduli, dan juga mengasihi saudara seagamanya.
Cinta boleh memberi impak yang positif dan negatif. Cinta yang positif adalah cinta yang boleh memberi perubahan yang baik kepada pasangannya seperti menunaikan ibadah seharian dengan lebih baik, mengulangkaji pelajaran, memberi motivasi dan sebagainya. Manakala cinta yang negatif adalah yang melalaikan dan seterusnya terjerumus ke dalam lembah maksiat.
Ketika belajar pastinya banyak cabaran yang datang untuk menguji. Cinta turut hadir untuk menjadikannya lebih bergelora. Cinta boleh merangsang seseorang untuk terus belajar. Ini kerana pasangannya memberikan kata-kata semangat untuk terus berusaha. Kata-kata yang diungkapkan oleh pasangannya mungkin satu inspirasi buatnya. Rasionalnya ada di situ. Tetapi..cinta ini juga adalah racun untuk seorang pelajar. Ada yang sanggup ponteng kelas semata-mata mahu berjumpa dengan pasangan masing2. Sesiapa yang berbuat demikian, seolah-olah dia telah mengkhianati amanah yang telah diberikan ibu bapanya untuk belajar. Itu amatlah tidak baik di sisi agama Islam.
Percayalah..masa muda yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah sekali berlaku dalam hidup. Ia tidak akan berulang untuk kali kedua atau seterusnya. Meniti usia remaja dengan berhati-hati dan mengenepikan mainan perasaan adalah merupakan perkara yang amat sukar sekali. Apatah lagi, semakin dihambat usikan perasaan, semakin ia datang mencengkam dan membara. Namun itulah mujahadah melawan perasaan. Sekadar perasaan dan diri sendiri menjadi musuh..alangkah malunya untuk kita tewas terlalu awal..Usia emas yang diberikan ini alangkah baiknya andainya digunakan sebaik mungkin menggali sebanyak mana anugerah di bumi ilmu.
Namun, kita manusia boleh tertewas bila-bila masa sahaja. Tidak kira siapa pun kita..Sekalipun kita arif, malah benar2 mengetahui bahawa yang hadir hanyalah sekadar tipuan, namun kita rebah dalam ketewasan yang kita sendiri sebenarnya merelakan. Oleh yang demikian, apakah yang akan menyelamatkan selain keimanan, ketaqwaan dan kecekalan hati.Adakah bercinta ketika belajar bagus?Mari kita sama-sama fikirkan..
(Student Facilitator's Team SENDI BUREAU)
**
No comments:
Post a Comment