Thursday, January 10, 2019

Januari 2019

Hai, kembali lagi! 2019 dah tiba! Dan bermacam benda baru yang nak kena hadap tahun ni. Contohnya, Mukmin dah start masuk sekolah. Kalau dulu orang-orang tua kata "sekolah makan". Haha. Tapi zaman sekarang ni "sekolah makan" pon dah macam sekolah menengah. Tapi takpela, semoga ada kebaikan yang berlaku. Eceh.

Masa hari pertama dia pergi sekolah, gembira semacam je. Agaknya dia tak tau lagi sekolah tu apa. Haha. Tengok dia main lego, main sepit, ok je. Lepastu aku dengan suami tinjau la dia dari jauh. Tapi alamak dia ternampak la plak kitorang pastu dah mula la drama swasta tak berbayar dia tu. Dia cakap dia lapar kat cikgu, kawan-kawan keliling dia dok perhati je dia. Haha. Mesti dorang kata dah apehal budak ni lapar pagi-pagi buta ni. Hehe. Padahal aku dah bagi dia makan nasi dah kat rumah tau. Tu cuma nak jadi modal dia untuk menangis la tu. Meraung-raung menangis macam orang kena dera. Terima kasih dekat cikgu-cikgu situ sebab sabar dalam melayan kerenah anak-anak. Hari pertama tu, memang dah macam zoo pon aku rasa ada jugak. Budak-budak menangis sana sini, macam penyakit berjangkit. Termasuklah Mukmin sekali, terjangkit dari orang lain. Dia tengok orang menangis, dia pon nak join satu team sekali. Huhu.Aku memang tak boleh tahan la bila tengok anak menangis ni so aku takdela dok tinjau dia lagi. Suami jela tengok dari jauh. Ada satu part tu, suami aku kata, Mukmin menangis pastu dia keluarkan tuala kecil yang aku dah memang sedia letak dalam beg dia. Dia pon lap la airmata dia tu. Part tula suami aku kata dia pon tak tahan tengok, rasa macam sebak je dia kata. Haha. Kalau ikutkan Mukmin ni memang banyak ikut walid dia. Hati lembut sensitif gituuu. Kalau aku memang takla , dah macam gangster pencen dah.  Sebab mak mertua aku kata, suami aku ni dulu masa nak masuk sekolah tadika pon menangis pagi-pagi. Seingat aku, aku takde la plak menangis pergi sekolah. Happy lagi adalah. Haha. Kitorang cuti separuh hari masa tu. Sebab nak tengok Mukmin bleh ke tak nak adapt denga sekolah tu. So bila time dia rehat, dapatla tengok dia. Sekolah dia tu macam dok bawah bukit tau, kitorang bleh tengok dari atas bukit tu since parents memang tak dibenarkan duduk dalam kawasan sekolah. Hari pertama tu , memangla penuhla divider tepi atas bukit tu dengan parents yang dok bersidai nak skudeng anak masing-masing. Haha. Ada yang macam pengintip misteri pon ada jugak. Tu blom yang dok selit celah-celah divider tu semata-mata nak bagi anak yang dalam sekolah tu tak nampak mak ayah masing-masing. Kitorang tengok dari jauh, Mukmin beratur nak basuh tangan siap dia sinsing seluar tak nak bagi kena air. Haha bijak!

Bila hari kedua dah mula tunjuk perangai nget ngot dia tu. Tak nak pergi sekolah. Hari kedua ni aku hantar sorang. Aku bagi dia kat cikgu dia, pastu dia start melalak sambil jerit "ummi, ummi!". Perghhhh memang tak tahan woi! Baik aku blah dulu sebelum empangan airmata aku plak pecah. Haha konon tunjuk macho. Tapi lepas tu, aku tinjau dia jugak tapi tak nampak. Pastu wasap cikgu dia tanya Mukmin ok ke tak. Cikgu bagi gambar dia siap dengan tangan peace lagi tu. Ceh si kenit ni memangla! Buat aku risau je padahal dia dah dok happy bergumbira lalalala kat sekolah.

Hehe. Panjangnya nak taip lagi. Saja post kat sini. Hanya untuk kenangan bila Mukmin dah besar nanti. :) Nanti bila-bila aku share lagi yeh. Bye!


                                                           

Second day :) Husband kata muka Mukmin time ni nak kata menangis, tak. Nak kata tak menangis, pon tal. Haha. Terima kasih cikgu Aini sebab selalu update tentang Mukmin. 

Thursday, December 13, 2018

Penghujung 2018

Heyyaa. I'm back and sekarang aku dah berumur 29 tahun! Lama sangat tak jengah blog ni. Harini teringin nak tengok hasil luahan perasaan yang selalu tunggang langgang masa zaman otak tak berapa nak matang lagi. Haha. Ooo ye. Sebelum tu nak bagitau yang aku dah pon jadi isteri dan mak orang. Haha. Bila baca balik segala post yang dulu rasa macam "lahaiiiiii aku ke yang type ni? macam budak-budak sangat!" Well of course, masa remaja terlalu banyak sangat ikut emosi dari akal yang waras. I admitted that. Huhu.

Ingatkan skill menaip dah tiada rupanya masih lagi pantas seperti dahulu kala. Rasa macam lega lah bila dapat menaip. Terasa macam ada orang yang dengar apa yang kita nak sampaikan ni. Padahal memang takde pon orang lalu lalang sini.

Sekarang ni datang sini balik buat apa? Hmm. Mungkin sebab otak dan hati tengah bercelaru sebabkan hal semalam tu. Serba salah ke? Ye memang serba salah tapi apakan daya nasi dah jadi bubur. Aku saja tak nak mention sini apa yang dah jadi semalam sebab takut nanti bila aku datang jengah sini, aku baca balik apa yang dah aku taip, nanti rasa serba salah tu datang semula. In fact, dah banyak kali pon benda macam tu berlaku. Tapi selalu aku sabar je. Semalam tahap kesabaran memang setipis kulit bawang. Tu yang terkebabom tu.

Okla undur diri dulu. Nanti sambung balik. Ada date dengan Fatin. :)

Monday, April 3, 2017

Peringatan untuk diri sendiri

Assalammualaikum.. Actually sekarang dah 2017. So, you all boleh bayangkan tak betapa lamanya blog ni tak di update.. well, now I'm a mother of one as well as a wife towards a wonderful husband. Alhamdulillah thumma alhamdulillah..  Petang ini saya hanya nak share some opinion.. well, i will direct to the point.. May Allah ease..

Bismillah... Setiap kali kita mengkritik orang lain, kita telah menjatuhkan martabat kita. Orang berjaya hanya fokus pada apa yang dia suka dan positif. Mereka ignore manusia dan peristiwa negatif serta menggunakan tenaga ke arah tujuan hidup mereka. Kita jangan mengharap pada orang lain untuk atasi masalah kita. Ambil tanggungjawab dan banyak berdoa. Hati manusia dalam genggaman ALLAH. Ubah dunia dalaman untuk ubah dunia luaran kita. Hormati privacy orang lain. Kalau kita tak suka diganggu, manusia lain juga tak suka diganggu.

Jangan biarkan apa yang berlaku semalam menggunakan masa kita hari ini. Oleh itu, berhenti menyesal dan menyalahkan apa yang berlaku semalam tapi niat gunakan hari ini sebaik mungkin untuk dekat dengan Allah dan mencari kejayaan di dunia dan di akhirat..


p/s: Semoga Allah memudahkan segala urusan kamu yang selalu berdukacita.. bersabarlah kerna hidup ini tak selalunya indah.. tetapi yakinlah di dalam hati bahawa Allah amat menyayangi hamba-hambaNya yang sentiasa bersabar dan bergantung harap padaNya.. 

Tuesday, May 7, 2013

post pertama untuk tahun 2013

status update: fever 37.5 celcius. i got mc from the doc so today i'm not working.

Assalamualaikum!waaah,setelah berbulan-bulan lamanya tak mengupdate status kat blog nii!!lama gilerrrrr!macam tak percaya je yang aku tak on langsung blog nii. hukhuk. kesian sama kamu wahai blogku!maafkan dakuuuu.

waaaaahh!!sungguhlaa excited aku nii. haha. aku, macam biasala, bila nak mengupdate apa-apa kat blog nii, mesti otak blank je. mong~~ haha.

owh. lupa nak cakap. setelah berbulan berlalu,aku nak bitau yang aku sekarang bukan lagi single and available tapi aku da berteman. aku sudah punya teman sehidup semati. da macam indon plak slang aku ni. bhaha. and and and dia bukan laa aku punya teman yang berstatus teman tapi mesra atau boipren atau what so ever, tapi dia adalah imam aku!haha. faham tak?he is my imam alias my husband. kehkeh. aku dah bersuami!aku pon sebenarnya tak percaya yang aku dah bersuami. waaaah!Alhamdulillah syukur nikmat. :)

and and and post pertama aku untuk tahun 2013 nii aku nak memberitahu bahawa aku sudah menjadi seorang wanita yang berkahwin. waaaahhh. i'm a  married woman!sungguhlaa. sampai sekarang rasa teruja tu masih ada lagi. owh ye. lupa nak bitau. aku sudah bernikah dengan seorang insan yang diberi nama mohd mawardi bin sairi. kami bernikah pada 2 mac 2013 yang lalu. maksudnya sudah 3 bulan 6 hari aku bergelar isteri kepada si dia. Alhamdulillah. :)

Hujung minngu nii, 11 may 2013, akan diadakan majlis resepsi di pihak pengantin perempuan, aku laa tu dan 18 may 2013 di pihak pengantin lelaki iaitu suami aku. ehh. aku nak out da nii. masa untuk makan tengah ahri!haha. kbai.

Sunday, December 16, 2012

::budaya salam::

status update: wahh!rasa bersalah giler. org mintak notes tapi x pat nak bagi sebab notes tu xde kat sini. huhu. mintak maap,x pat nak tunaikan permintaan ko.

Hye sume!morning!*pagi laa sangat,padahal da tengah ari nih*

Semalam kuar ngan abang kesayangan aku. Macam biasa,pergi makan kat area Ampang. Aku ajak dia pergi makan kat tempat biasa, aku panggil tempat tu sup sedap sebab sup kat tempat makan tu, tersangatlaa sedapnyee,lazat berkrim disukai ramai. haha. *okeh,aku bukan nak promote kedai tu, just maw wat intro untuk entri aku je. heh* Lepas abis makan je, aku rasa macam nak "membuang" plak, so, abang aku pon gi laa singgah kat stesyen minyak. Aku kua keta ngan gelojohnye anda tutup pintu ngan kuatnye *actually x pasan pon yg aku tutp kuat2 pintu tu*. Tiba-tiba, pap!pintu tu terkena kat ibu jari tangan kanan aku. Huk3, sakit sangat!da selesaikan hal aku,masuk keta, aku nangis kuat2..huwaa,sakit gilerr!tapi kena tahan jelaa. Hiah,nasib,nasib.

Owh,okeh. Sebenarnya topik utama bukanlaa nak cakap pasal ibu jari aku tersepit tapi aku nak cakap pasal menda laen. Pagi tadi, aku tengah berjalan ngan semangatnya nak gi centre. Tengah berjalan tu, tetiba ade sorang sister, orang melayu and opkos laa Islam, lalu sebelah aku sambil bagi salam. Aku pon jawab la salam dia. Bila dia da berlalu, aku terpikir sesuatu. Susahnya nak jumpa orang yang bagi salam macam dia tuh Eh,tapi sebenarnye kat sini,tak susah pon nak jumpa students yang bagi salam sebab aku tengok international students, selalu je bagi salam kalo jumpa sesape pon. Maksud aku yang susah tu adalah students melayu kat sini. Kalo jumpa sesama bangsa sendiri, xde pon budaya bagi salam tu *Ehem.kumain lagi aku cakap orang tapi padahal,aku pon wat menda yang same gak*