Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu melekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah kamu sesekali lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.
~~Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah dia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka mengingati kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...
Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ianya begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.
~~Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya terlalu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu berlalu dan meninggalkanya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya...
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain?Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal.
~~Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang pasti membawa kebaikan pada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandiingkannya yang lain?Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal...
No comments:
Post a Comment