Thursday, March 25, 2010

Something to share..

Wanita ibarat epal..
Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi 
kerana ia berguguran di tanah..
tapi,epal yang tidak mampu dibeli berada di puncak
susah dipetik,susah digapai..
Terkadang epal itu risau kenapa dirinya belum dipetik?
Lantas ia merendahkan martabatnya dan
menggugurkan diri menyembah tanah..
Sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya
sehingga tiada siapa pun yang berani memetiknya...
Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu melakukannya
Mungkin bukan di dunia tapi di akhirat..
Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan
cinta Illahi mengiringi....

Duhai puteri-puteri solehah..
jagalah mahkotamu dari dirampas oleh insan yang tidak berhak..
sekali hilang tidak mungkin akan kembali..
jagalah dirimu..
Ingatlah, tidak mungkin si dia menjadi temanmu yang sah..
dirimu diperlakukan ibarat habis madu sepah dibuang
seribu penyesalan sudah tidak berguna lagi
sesungguhnya keperitan derita menanggung dosa
hanya Allah yang mengetahui..
SAYANGI DIRI...
KASIHI DIRI...
KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA!! 
"...Perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik
dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.."
(24:26)

Cantik wanita kerana kejernihan wajah..
Manis wanita kerana senyuman yang indah..
Ayu wanita kerana kesederhanaan yang lahiriah..
Hebat wanita kerana keimanan yang teguh..

Kecantikan abadi terletak pada 
keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang
bukan terletak pada wajah dan pakaiannya..


No comments: