Wednesday, April 21, 2010

Bondaku+Buku itu..

.......seringkali hati ini resah gelisah setiap kali memikirkan ujian dan dugaan yang ku tempuhi..adakalanya akalku menyalahkan diri sendiri kerana di mana silapnya perkara itu boleh terjadi..nafsuku menyalahkan insan-insan di sekelilingku..mengapa jadi begini??kenapa diriku seperti dianiaya?kenapa ku rasakan yang dunia cukup tidak adil terhadapku..?bagaimana perkara tersebut boleh terjadi sedangkan aku tahu aku lakukan tugasan tersebut..masakan tidak,mata ini yang menahan pedih dari tidur semata-mata untuk selesaikannya,jari-jemariku ini yang sendiri menaipnya,kakiku ini yang sering melangkah ke ITD untuk menyelesaikannya ketika mana laptopku "membunuh diri"..tetapi hasilnya?biarlah Allah sahaja yang Maha Mengetahui...tidak perlulah untuk aku senaraikan segala apa yang sedang ku lalui ketika ini..bukanlah untuk meminta simpati tetapi ku yakin pada Allah yang Maha Esa..tentu ada hikmah di sebalik yang ku lalui ketika ini.."Ya Allah,tabahkanlah hatiku ini..".Dalam aku melayan rasa hati, ku hubungi seorang sahabatku..sahabat yang sering berada di sisiku ketika susah dan senangku..kepadanya tempat ku curahkan segala yang terbeban di hatiku ini.."Awak sabar yeh,lepas nii jangan main-main lagi..tumpukan perhatian kat study dulu..benda lain tu ketepikan,bukan tak boleh join,boleh..tapi pandai-pandailah..pasal mende tu nanti awak carik jalan yeh..memang bukan senang,lagi-lagi nak mintak ____ kat orang tapi usaha yeh..dan lepas nii jangan terlalu amalkan sikap boros dan membazir,simpan duit..sabar jelaa.." Setelah difikirkan, hilang sesuatu tidak bermakna seluruh hidupku hancur,tidak bermakna harapanku punah tetapi jadikannya sebagai sandaran untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih cemerlang..Ya,bukan senang untuk jadi senang dan bukan susah untuk jadi susah..hanya terpulang pada diriku,yang mana 1 pilihanku..usai sahaja perbualanku di telefon,ku menuju ke kamar bondaku..melihatkan dirinya yang semakin dimamah usia membuatkan hatiku sebak..punya masakah aku lagi untuk membalas segala jasa dan pengorbanannya?masih sempatkah aku?"Ya Allah..berikanlah aku kesempatan tersebut.." Ku bertanya pada bondaku, "Napo mak tak tido laie nii?eh,buku po tu?". "Tongah menulih haa,nak tido cano..buku blaja kek surau,Mazni bolikan..buku nilaa yang dicarik selamo nii..tapi nii kaler putih,kawan-kawan yang len ado kaler biru,merah..tapi tajuk eh samo yo sumo.."..Ku tertarik apabila melihatkan tajuk buku tersebut, Mukashafah al-Qulub (Penenang Jiwa) oleh Imam al-Ghazali..Lantas ku meminta izin pada bondaku untuk meminjam buku tersebut..dan hatiku yang ketandusan ilmu berasa sungguh berpuas hati dengan hasil tulisan buku tersebut..ilmu+padat+menyeluruh=penenang jiwa(",)..apa yang membuatku tertarik adalah pada bahagian yang menyatakan tentang.."Barangsiapa mengaku 4 hal tanpa bukti 4 hal, pengakuannya adalah dusta. Barangsiapa mengaku cinta Syurga namun tidak taat, jelas dia bohong. Barangsiapa mengaku cinta Nabi S.A.W., namun tidak menyukai ulama' dan fuqara', maka pengakuannya tidak benar. Lalu, barangsiapa mengaku takut akan neraka, tetapi tidak meninggalkan maksiat, tanda dia dusta dan barangsiapa mengaku cinta kepada Allah, padahal dia mengeluh ketika ditimpa bala, maka pengakuannya adalah bohong..".
Astaghfirullah..aku malu dengan diri sendiri..malu kepada Allah..yang membuatku seperti terkena hempapan batu ialah kerana kata-kata "...mengaku cinta kepada Allah tetapi berkelu-kesah ketika ditimpa bala.."
Astaghfirullahal'azim..mengapa aku harus berkeluh-kesah?mengapa harus aku bersedih?mengapa harus ku turutkan perasaan yangg runtun ni?tidak perlu semua itu..Pasti Allah menjanjikan yang terbaik untuk diriku, kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNYA..teringatku pada kata-kata yang tidak dapat ku lupakan ketika menuntut ilmu di Bumi Tarbiyah dulu.."Allah menurunkan cabaran dan dugaan ke atas hamba yang dikehendakiNYA..itu menunjukkan betapa Allah sayang terhadapmu.." Ya Allah,titipkanlah kesabaran yang utuh di dalam diriku ini...Amin..


***Bondaku menghulurkan buku ini ketikamana aku berada di dalam keresahan..buku Penenang Jiwa yang sesuai dengan keadaanku ketika itu..ketika aku di UIA, berada dalam keadaan gundah-gelana, pasti bonda akan menghubungiku..bukan sekali atau secara kebetulan tetapi setiap kali aku dalam keresahan dan kesedihan, pasti panggilan telefon dari bonda sampai padaku..walaupun ku tak pernah meluahkan apa yang ku rasa ketika itu tetapi mendengar suara bonda sudah dapat mengubat jiwaku..bonda pasti tahu apa yang ku rasa..adakah naluri ibu betul-betul wujud?mungkin..

No comments: