Wednesday, April 21, 2010

~ReNuNgAn bErSaMa~

Salam diberi, pembuka bicara..setelah sekian lama dibi
arkan blog nii "berdiam" begitu sahaja, kini hatiku tergerak untuk kembali berbicara..bukanlah untuk menghabiskan masa dengan bicara yang tiada unsur ilmiah seperti yang selalu ku lakukan..tetapi kembalinya ku kini adalah untuk berkongsi ilmu yang ku raih melalui sahabatku yang kini barada di Mesir..walaupun perbualan melalui alam maya itu amatlah singkat tetapi cukup bermakna kerana telah menyedarkan diriku tentang sesuatu..syukran jazilan ya ukhti,sahabat rapatku ketika menuntut ilmu di Bumi Tarbiyah tersebut...terima kasih kerana "meng-emelkan" secebis ilmu untuk dikongsi bersamaku..dirimu seperti tahu yang aku tergapai-gapai mencari arah di dalam kesamaran cahaya hidupku..Syukur padaMU,Ya Allah kerana dipertemukan sahabat sepertinya..Ku ingin berkongsi tentang sesuatu kisah berkisarkan MALU..Ya,MALU..Apakah kisahnya,sama-samalah kita jadikan sebagai pedoman...

Kisah yg tercatat dalam AlQuran

[Surah Al-Qasas ayat 23-25.]
Di dalam kisah pendek tiga ayat ini, tersembunyi ibrah yang sangat besar. Di dalam tiga ayat ini, terdapat didikan untuk muslimin dan muslimat. Allah hendak menunjukkan bagaimana urusannya wanita dan lelaki, dengan menunjukkan sifat malu yang wujud dalam diri Anak-anak Syu’aib. Wahai manusia, Allah sedang berbicara dengan kamu berkenaan Sifat Malu! masih adakah malu dalam diri kita? ya ALLAH~ :(

Sifat malu yg AMAT tinggi~ 
secara ringkasnya, cerita sebenar : Anak-anak Nabi Syu’aib tidak membenarkan diri mereka bercampuran dengan lelaki-lelaki lain walaupun mereka mempunyai kerja yang penting iaitu memberikan minuman kepada ternakan mereka. Mereka sanggup menahan ternakan mereka dan menanti walaupun keadaan itu sangat memberikan kekurangan kepada ternakan mereka nanti. Alasan lemah adalah alasan yang kedua. Alasan utama adalah kerana bergaulan, bercampuran dengan lelaki sememangnya menjatuhkan akhlak mereka..mereka tunggu lelaki-lelaki tersebut pergi dahulu.betapa tinggi nilai malu mereka.kita???
Kita sendiri, kalau melihat perempuan tolak menolak dengan lelaki, berebut-rebut dengan lelaki, bersentuhan tangan, bergeselan badan, bagaimana agaknya persepsi kita? Tidak malukah kita dengan ALLAH? tidakkah kta mengambil iktibar dari kisah anak-anak Syu’aib? Lihatlah Anak-anak Syu’aib, dunia dan akhirat yang mana mereka pilih?
 Penjagaan diri mereka ini membuatkan mereka sangat mahal!
   
Pengajaran 1: Tidak memanjangkan bicara(utk sape yg diajak bercakap) 
Musa yang berehat di bawah pokok berdekatan hanya memandang. Pelik di matanya melihat dua orang perempuan berdiri menunggu di tepi sumber air bersama ternakan mereka. Pastinya dua perempuan itu bukan menanti suami atau ayah mereka siap memberi minum pada ternakan kerana keduanya membawa ternakan masing-masing. Atas dasar ambil berat, Musa bangun dan bertanya “Mengapa dengan kamu berdua?” Terus sahaja mereka menjawab: “Kami tidak dapat memberi minum (ternakan kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya”
Terus kepada point. "Kami tidak dapat memberi minum sehingga pengembala-pengmbala itu mebawa balik binatang ternak masing-masing". Menutup ruang untuk perbualan berpanjangan! 
Lantas Musa tidak menyambung perbualan mahupun bertanya lagi. Malah dia juga sudah tiada alasan untuk bertanya kerana segalanya telah terjawab dengan jawapan ringkas itu.ringkas,padat,berpengaruh!
 Kata-kata “dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya” itu telah menjawab soalan-soalan seperti: “Habis, mana ayah awak?”, “Abang awak tak ada ke?”, “Ish, kesiannya, kenapa ya macam tu?” dan lain-lain.
Sangat bersih peribadi Anak-anak Syu’aib dalam menjaga diri mereka. Tidak berminat memanjangkan bicara yang tiada kepentingannya. Dan lihatlah pula kepada Musa, sangat bersih peribadinya dengan tidak mencari atau memikirkan mana-mana peluang lain untuk berbual, tetapi tanpa banyak bicara terus membantu ketika itu juga.
Pengajaran 2 :Tidak memanjangkan bicara(utk sape yg nak start cakap)
Dan apabila Nabi Syu’aib melihat kedua anaknya pulang lebih awal dari biasa, dia kehairanan dan bertanya. Maka kedua anak itu menceritakan perihal lelaki yang berteduh di bawah pokok. Maka Nabi Syu’aib mengarah salah seorang anaknya pergi memanggil.Lihatlah bagaimana anak2 itu, walau berseorangan, tidak lagi ditemani ahli keluarganya, tidak pula mengambil peluang bermanja-manja atau berkenalan dengan lelaki yang berjasa itu. Malah dia berjalan dengan tersipu-sipu, berjalan atas sifat malu, dan terus berkata menyampaikan hajatnya:
“Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami”
Tidak pula dia meleret-leret atau berpusing-pusing dahulu dengan sembang-sembang lain, tanya-tanya lain seperti: “Eh.awak, terima kasih lah tadi ye. Awak baik sangat. Walaupun kita tak kenal… bla bla bla” “Awak siape nama ya? Terima kasihlah tadi ya. Ah, ni ayah saya panggil. Dia kagum dengan awak. Yalah, siapa yang nak tolong perempuan masa ni… bla bla bla...

Tetapi Anak Syu’aib itu terus pada pointnya tanpa memanjangkan bicara! Bersihnya peribadi Anak Syu’aib. Sifat malunya sangat tinggi. Sangat menjaga budi pekerti. Tiada langsung apa yang dikatakan ‘gedik’ oleh manusia hari ini. Langsung tidak mengambil peluang berduaan dengan jejaka berjasa yang hebat itu. Dan lihatlah Musa. Bersihnya peribadi Musa, tidak pula mengambil peluang berduaan itu dengan memanjang-manjangkan sembang, mencari peluang berkenalan dan sebagainya.
Jadi,bagaimanakah kita hari ini???
Melihat Anak-anak Syu’aib, kita sepatutnya persoalkan diri kita.Bagaimana kita hari ini? Bila memberikan bantuan, bila meminta pertolongan, bila berbincang untuk sesuatu program di dalam mesyuarat, bila di khalayak ramai dan di macam-macam situasi lagi. Bagaimanakah kita?Renung-renungkanlah..ya ALLAH! ampunkan segala kekhilafan kami..jauhkan bisikan syaitan ya ALLAH~

***Terima kasih daun keladi wahai sahabat..

No comments: