Bismillah... Setiap kali kita mengkritik orang lain, kita telah menjatuhkan martabat kita. Orang berjaya hanya fokus pada apa yang dia suka dan positif. Mereka ignore manusia dan peristiwa negatif serta menggunakan tenaga ke arah tujuan hidup mereka. Kita jangan mengharap pada orang lain untuk atasi masalah kita. Ambil tanggungjawab dan banyak berdoa. Hati manusia dalam genggaman ALLAH. Ubah dunia dalaman untuk ubah dunia luaran kita. Hormati privacy orang lain. Kalau kita tak suka diganggu, manusia lain juga tak suka diganggu.
Jangan biarkan apa yang berlaku semalam menggunakan masa kita hari ini. Oleh itu, berhenti menyesal dan menyalahkan apa yang berlaku semalam tapi niat gunakan hari ini sebaik mungkin untuk dekat dengan Allah dan mencari kejayaan di dunia dan di akhirat..
p/s: Semoga Allah memudahkan segala urusan kamu yang selalu berdukacita.. bersabarlah kerna hidup ini tak selalunya indah.. tetapi yakinlah di dalam hati bahawa Allah amat menyayangi hamba-hambaNya yang sentiasa bersabar dan bergantung harap padaNya..
No comments:
Post a Comment